Friday 27 December 2013

Pulang

Aku tidak mengerti apa itu perasaan.
Sehingga aku bertemu engkau. Engkau yang mengajar ku jauh tentang erti perasaan.
Aku tenggelam dalam dakapan kau hingga aku bina ruang untuk kau menetap dalam ruang jiwa.
Aku tahu aku bukan romeo yang romantik lagak putera raja.
Aku tahu aku juga bukan putera dalam wayang cinderella.
Tetapi aku sedar aku hanya manusia normal yang banyak lompang kosong yang tidak bisa ditutup dan diubah.
Aku percaya engkau pemberian Tuhan dalam menerima hamba yang lemah.
Aku juga percaya bukan mudah untuk kau terima jejaka yang tempang.
Namun aku berharap ada masa untuk kau menerima jejaka lemah ini dengan hati yang terbuka.
Saat ini jauh jasad dengan diri kau. Saat ini hanya potret yang dapat ku tatap.
Hanya doa jadi ubat untuk yang tercinta pulang ke riba.
Engkau dan istimewa tiada beza. 

Saturday 30 November 2013

Fitnah

Aku tak boleh lari dari fitnah.
Kerana imej aku dianggap sampah.
Seribu tomahan ku hadap hanya satu yang ku balas. Aku yang bersalah.
Hidup orang tak pernah ku usik tapi hidup aku senang senang kau cubit.
Aku tak gentar pada seribu fitnah.
Cuma aku hairan mana pergi sifat penyayang.
Mungkin ini ujian Tuhan buat aku ingat akhirat.
Tapi aku masih percaya kita semua sama di sisi Tuhan.


Friday 29 November 2013

Geram

"Hoi Sudin!" Sapa Hamid sambil menepuk bahu Sudin.
Sudin menoleh. Merah muka ibarat saga segar.
Geram mendaftar subjek belum diledak.
Hamid pencetus. Adrenalin memecut. Api bakal meletus.
Pisau terus muncul di tangan. "Eh mana datang pisau? Ah mampos aku yang tulis!"
Dihunus dicucuk dada si malang.
Jantung di cekup dimamah persis pontianak barat.
"Hoi Sudin!" Hamid tampar. "Bangun la bangang"
Sudin terpinga sampil menepuk kepala.
Tusukan tajam rupanya hanya khayalan.
Ah bangang aku belum siap daftar!


Thursday 28 November 2013

Senja

Hari sudah kekuningan.
Tanda matahari ingin pulang ke barat.
Mata tidak mahu kalah menyeru akal masuk ke dalam khayalan.
Pesan ayah elak tidur petang kalau tidak gila mendatang.
Namun syaitan masuk dalam hati yang imannya kontang.
Lelapnya mata badan ikut berehat.
Bukanya mata solat lupa dikejar.
Nilai solat bukannya pada dirham.
Hanya nasuha yang menjadi bayaran.