Thursday 29 August 2013

Pensil

Aku sebatang pensil.
Sebuah entiti paling berjasa dalam semua buah fikir.
Namun itu semua sejarah kecil.
Pen pula muncul menjelma menjadi kegilaan penulis.
Aku tidak pernah terdetik berasa diri dipencil.
Malah aku percaya ini Rovolusi Pensil.

Monday 26 August 2013

Lelaki

Wahai wanita.
Kamu perlu tahu lelaki ini lemah.
Luaran tampak kuat tapi hakikatnya kami sememangnya lemah.
Beribu halangan akan ku hadap namun satu perkara tak pernah dapat ku cegah.
Nafsu amarah yang tegar.
Ransangan godaan wanita buat kami tidak tenteram.
Ini bukan kerana rendahnya iman.
Tetapi kerana dunia kian sonsang. Dunia semakin "Terbuka".
 

Wednesday 21 August 2013

Warna

Atmosfera dunia kian berubah.
Hijau dan Biru makin berkurang.
Muncul satu fenomena kejutan.
Hanya Merah menguasai dunia. Hanya Darah.
Tinggal satu persoalan.
Warna mana pilihan anda?

Monday 19 August 2013

#Malaysia7

Butakan lah mataku.
Biar aku dihindar melihat kekejaman manusia.
Di Mesir rayu rakyatnya agar semua umat bersatu.
Namun di Sini bertelingkah siapa yang perlu pergi dahulu.
Ini Malaysiaku. Ini masalah umat ku.

Tuesday 13 August 2013

#Malaysia6

Ini masalah Malaysia.
Kain sendiri tak terjaga kain orang dia ratah.
Main sebat buat cerita.
Benar la bicara si tua. Orang sekarang tak gentar pada dosa.

Saturday 10 August 2013

#Malaysia5

Kuat kuasa buku.
Umat lain berjaya kerana buku.
Tetapi umat kita jatuh kerana salah pilih buku.
Yahudi sekarang sedang lena dengan buku.
Kita mungkin sedang bergelak ketawa tinggalkan buku.
Ini masalah kita. Ini masalah Malaysia.

Friday 9 August 2013

#Malaysia4

Kelakar orang Malaysia.
Kata mereka mahu kerajaan islam.
Aneh. Masjid masih kekurangan teman.
Di mana anda? Di mana saya?

Thursday 8 August 2013

#Malaysia3

Malaysia sedang gembira.
Muncul hari mulia tanda kemenangan umat bersama.
Miskin. Kaya. Tiada sebab untuk tidak bergembira.
Namun, satu perkara kita terlupa.
Fitrah. Tidak pernah kita kembali kepada nya.
Itu hakikat.

Wednesday 7 August 2013

#Malaysia2

Malaysia sedang takut.
semua takut ditembak si jalang durjana.
Aneh.
Mana pernah kita takut dengan tuhan. Inikan manusia.

#Malaysia1

Malaysiaku ganjil. 
Disokong dipanggil macai. Ditolak dipanggil pejuang.
Katanya adil. Katanya realiti.
Ini Malaysiaku.

Tuesday 6 August 2013

Tembak

Semua orang gila.
Semua percaya pistol itu pemakan diri.
Kalau difikir balik, Takkan di acu pistol kalau mulut tidak mula keluarkan bilahnya.
Bila mula mulut bilahnya berkilau. Tajam.
Saat itu hati dicucuk ditikam dimamah. Sakit. Pijau. Ngilu.
Syaitan mula main peranan. Bisik ajaran si iblis jangan dibiar. Kita lawan.
Cara dicari yang paling sesuai. Akhirnya pistol jadi pilihan.
Persoalan. Bagaimana mudah pistol dimiliki?
Mana poilis? Mana pihak berkuasa? Ah. Abaikan.
Detik berhadapan. Adrenalin menggoncang.
Syaitan berbisik. Mantera ajaran iblis masih dijinjing.
Saat itu picu ditarik. Peluru meluncur. Daging manusia menjadi sasaran. Mati.
Muncul konklusi. Salah mulut balasnya peluru,
Masih rasa pistol itu binasa? Bodoh.
Mulut itu yang perlu dijaga.
Tembak.