Friday 27 December 2013

Pulang

Aku tidak mengerti apa itu perasaan.
Sehingga aku bertemu engkau. Engkau yang mengajar ku jauh tentang erti perasaan.
Aku tenggelam dalam dakapan kau hingga aku bina ruang untuk kau menetap dalam ruang jiwa.
Aku tahu aku bukan romeo yang romantik lagak putera raja.
Aku tahu aku juga bukan putera dalam wayang cinderella.
Tetapi aku sedar aku hanya manusia normal yang banyak lompang kosong yang tidak bisa ditutup dan diubah.
Aku percaya engkau pemberian Tuhan dalam menerima hamba yang lemah.
Aku juga percaya bukan mudah untuk kau terima jejaka yang tempang.
Namun aku berharap ada masa untuk kau menerima jejaka lemah ini dengan hati yang terbuka.
Saat ini jauh jasad dengan diri kau. Saat ini hanya potret yang dapat ku tatap.
Hanya doa jadi ubat untuk yang tercinta pulang ke riba.
Engkau dan istimewa tiada beza. 

Saturday 30 November 2013

Fitnah

Aku tak boleh lari dari fitnah.
Kerana imej aku dianggap sampah.
Seribu tomahan ku hadap hanya satu yang ku balas. Aku yang bersalah.
Hidup orang tak pernah ku usik tapi hidup aku senang senang kau cubit.
Aku tak gentar pada seribu fitnah.
Cuma aku hairan mana pergi sifat penyayang.
Mungkin ini ujian Tuhan buat aku ingat akhirat.
Tapi aku masih percaya kita semua sama di sisi Tuhan.


Friday 29 November 2013

Geram

"Hoi Sudin!" Sapa Hamid sambil menepuk bahu Sudin.
Sudin menoleh. Merah muka ibarat saga segar.
Geram mendaftar subjek belum diledak.
Hamid pencetus. Adrenalin memecut. Api bakal meletus.
Pisau terus muncul di tangan. "Eh mana datang pisau? Ah mampos aku yang tulis!"
Dihunus dicucuk dada si malang.
Jantung di cekup dimamah persis pontianak barat.
"Hoi Sudin!" Hamid tampar. "Bangun la bangang"
Sudin terpinga sampil menepuk kepala.
Tusukan tajam rupanya hanya khayalan.
Ah bangang aku belum siap daftar!


Thursday 28 November 2013

Senja

Hari sudah kekuningan.
Tanda matahari ingin pulang ke barat.
Mata tidak mahu kalah menyeru akal masuk ke dalam khayalan.
Pesan ayah elak tidur petang kalau tidak gila mendatang.
Namun syaitan masuk dalam hati yang imannya kontang.
Lelapnya mata badan ikut berehat.
Bukanya mata solat lupa dikejar.
Nilai solat bukannya pada dirham.
Hanya nasuha yang menjadi bayaran.

Terkejut

Hoi mat! Laungan Azrul menggegar gegendang telinga Ahmad.
Jam dicekup 6 pagi jarum menunjuk.
Ahmad mengamuk. Azrul diketuk.
Dibalas azrul azimat bicara.
"Nasib aku yang jerit kejut subuh, kalau malaikat maut acane?"

Cinta?

Kau tahu apa itu cinta?
Literal nya mudah namun maknanya mendalam.
Aku pernah bercinta.
Namun aku gagal.
Kira kira aku yang berdusta atau aku yang didusta.
Ah peduli apa cinta memang seksa.
Tak kira aku menyeksa atau aku diseksa aku sudah hampa pada cinta.
Biar aku tunggu yang abadi walau sampai kiamatnya bumi.

Friday 13 September 2013

Kapal

Aku sebuah kapal yang baru hendak berlayar di sebuah lautan penuh misteri.
Aku tahu kembara ku bukan ujian kecil namun ia satu ujian getir.
Aku mungkin dipukul ombak. Aku mungkin dihayun ribut yang datang.
Namun aku belum tahu betapa kuatnya diriku menahan tomahan siksaan lautan yang garang.
Aku berwaspada berlayar dahulu di pesisir kerana takut dengan cabaran yang dalam.
Aku berjaya sehingga aku bangga. Aku angkuh hingga aku lupa.
Aku percaya aku sudah bersedia. Aku pecut mencabar alam.
Baru bermula aku karam. Aku terlupa aku hanya ciptaan.
Titanic setanding gunung karam kerana leka. Inikan aku kapal yang sederhana.
Berikan masa berikan ruang. Aku akan kembali berlayar mengelilingi dunia.
Inshaallah.

Thursday 29 August 2013

Pensil

Aku sebatang pensil.
Sebuah entiti paling berjasa dalam semua buah fikir.
Namun itu semua sejarah kecil.
Pen pula muncul menjelma menjadi kegilaan penulis.
Aku tidak pernah terdetik berasa diri dipencil.
Malah aku percaya ini Rovolusi Pensil.

Monday 26 August 2013

Lelaki

Wahai wanita.
Kamu perlu tahu lelaki ini lemah.
Luaran tampak kuat tapi hakikatnya kami sememangnya lemah.
Beribu halangan akan ku hadap namun satu perkara tak pernah dapat ku cegah.
Nafsu amarah yang tegar.
Ransangan godaan wanita buat kami tidak tenteram.
Ini bukan kerana rendahnya iman.
Tetapi kerana dunia kian sonsang. Dunia semakin "Terbuka".
 

Wednesday 21 August 2013

Warna

Atmosfera dunia kian berubah.
Hijau dan Biru makin berkurang.
Muncul satu fenomena kejutan.
Hanya Merah menguasai dunia. Hanya Darah.
Tinggal satu persoalan.
Warna mana pilihan anda?

Monday 19 August 2013

#Malaysia7

Butakan lah mataku.
Biar aku dihindar melihat kekejaman manusia.
Di Mesir rayu rakyatnya agar semua umat bersatu.
Namun di Sini bertelingkah siapa yang perlu pergi dahulu.
Ini Malaysiaku. Ini masalah umat ku.

Tuesday 13 August 2013

#Malaysia6

Ini masalah Malaysia.
Kain sendiri tak terjaga kain orang dia ratah.
Main sebat buat cerita.
Benar la bicara si tua. Orang sekarang tak gentar pada dosa.

Saturday 10 August 2013

#Malaysia5

Kuat kuasa buku.
Umat lain berjaya kerana buku.
Tetapi umat kita jatuh kerana salah pilih buku.
Yahudi sekarang sedang lena dengan buku.
Kita mungkin sedang bergelak ketawa tinggalkan buku.
Ini masalah kita. Ini masalah Malaysia.

Friday 9 August 2013

#Malaysia4

Kelakar orang Malaysia.
Kata mereka mahu kerajaan islam.
Aneh. Masjid masih kekurangan teman.
Di mana anda? Di mana saya?

Thursday 8 August 2013

#Malaysia3

Malaysia sedang gembira.
Muncul hari mulia tanda kemenangan umat bersama.
Miskin. Kaya. Tiada sebab untuk tidak bergembira.
Namun, satu perkara kita terlupa.
Fitrah. Tidak pernah kita kembali kepada nya.
Itu hakikat.

Wednesday 7 August 2013

#Malaysia2

Malaysia sedang takut.
semua takut ditembak si jalang durjana.
Aneh.
Mana pernah kita takut dengan tuhan. Inikan manusia.

#Malaysia1

Malaysiaku ganjil. 
Disokong dipanggil macai. Ditolak dipanggil pejuang.
Katanya adil. Katanya realiti.
Ini Malaysiaku.

Tuesday 6 August 2013

Tembak

Semua orang gila.
Semua percaya pistol itu pemakan diri.
Kalau difikir balik, Takkan di acu pistol kalau mulut tidak mula keluarkan bilahnya.
Bila mula mulut bilahnya berkilau. Tajam.
Saat itu hati dicucuk ditikam dimamah. Sakit. Pijau. Ngilu.
Syaitan mula main peranan. Bisik ajaran si iblis jangan dibiar. Kita lawan.
Cara dicari yang paling sesuai. Akhirnya pistol jadi pilihan.
Persoalan. Bagaimana mudah pistol dimiliki?
Mana poilis? Mana pihak berkuasa? Ah. Abaikan.
Detik berhadapan. Adrenalin menggoncang.
Syaitan berbisik. Mantera ajaran iblis masih dijinjing.
Saat itu picu ditarik. Peluru meluncur. Daging manusia menjadi sasaran. Mati.
Muncul konklusi. Salah mulut balasnya peluru,
Masih rasa pistol itu binasa? Bodoh.
Mulut itu yang perlu dijaga.
Tembak.